Total Pageviews

Sunday, November 13, 2011

UbaH diRi KiTa





Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita     sebagai seorang muslim untuk saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau     masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka   akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya kita menjadi lebih yakin dengan diri kita sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri kita. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri kita sendiri masih berada pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang kita ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang kita inginkan. Walaupun perlahan, kita akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri kita.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama kita bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa kita seolah-olah memanjakan diri kita untuk berubah. Nafsu kita juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu kita dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri kita.

5) Apabila kita telah berjaya melakukan perubahan dalam diri kita maka kita perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu kita akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah kita lakukan. kita perlu sentiasa melakukannya.

Sebagai kesimpulan, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula kita berubah kerana disebabkan oleh orang lain. kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri kita sendiri juga. Selepas itu bolehlah kita mengajak orang lain pula untuk berubah seperti kita. Jika ia dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat berubah seperti yang kita harapkan. kita juga akan mendapat ganjaran pahala jika kita berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih baik.

Thursday, November 10, 2011

CarA uNtuK TaRik MinAt oRanG kEpaDa KiTa

assalamualaikum and salam satu malaysia ..
hari ni aq akan ajar cara untuk tarik minat orang kepada kita :) ...
kalau ko orang guna cara aq ni ...insa-allah ramai kawan akan dekat dengan ko orang...

1)suka kepada orang lain 
pertama untuk kita di sukai oleh orang kita mestilah suka pada orang lain dahulu ..kita mestilah mempunyai minat suka orang lain dengan iklas ..kalau kita x suka pada orang lain mana mungkin orang akan suka kita kan..

2)senyum
senyum lah sentiasa kerana semua orang suka melihat orang tersenyum..dan ramai orang suka orang yang murah senyumannya...senyum lah dari hati :) ..walaupun wajah x seberapa senyumlah kerana senyuman yang menampakkan seri kita..dan senyum itu kan satu sedekah ..

3)ingat namanya dan sebutlah namanya dengan lembut dan baik 
semua orang suka jika namanya di ingat..cuba kita bayangkan kalau ada kawan kita yang x ingat nama kita..apa perasaan kita..?maka kita perlulah ingat baik2 namanya dan kita mestilah memangil nama gelaranya yang paling baik ..lalu memangilnya dengan lembut dan sopan ..

4)jadi pendengar yang baik 
jadilah pendengar yang baik kalau kita nak orang suka kita..persolannya bagaimana hendak jadi pendengar yang baik ..?jawapannya ..kurangkan bercakap tentang diri kita ..memberi ruang untk dia menceritakan tentang diri dia..beri soalan dan dorongan untuk dia menceritakan kisah2 dan pengalaman dia..

5)bercakap tentang topik dan isu yang menarik perhatian orang lain
kalau kita suka bercerita atau bercakap pastikan kita bercakap mengenai dia minat ..kalau dia minat pasal agama kita cerita pasal agama ,kalau dia minat pasal cinta cerita tentang cinta ..jangan bercakap pasal apa yang kita minat ..kalau kita asik bercakap tentang apa kita minat pasti orang akan bosan dengan kita ..jadi perlu ingat kita mestilah bercakap tentang apa yang orang lain suka ok ..


6)buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai
kalau boleh buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai pada kita ..senang cerita kita memerlukan dia ..dan kita sangat menghargai dia..buat lah dia berasa iklas merasakan kita memerlukan dia..tunjukkan keiklasan kita kepada dia :) ~~

kenapa kita kena lakukan benda ni ...?
nak tahu jawapannya .. ko orang dengar dan hayatilah video kat bawah ni ..
semoga kita dapat megubah diri kita lebih baik pada esok hari..


~~pesanan buat sahabat~~

Wednesday, November 9, 2011

JanGaN mEraJuK


bagi pendapat aq la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-updan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau...



aq cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.
Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha...itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang aq tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simplepun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur atau ucap selamat pagi. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll:

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit... :oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. 
Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah... Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu...? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always... :halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha... ::-*:

Tuesday, November 8, 2011

kemana aq nak pergi ?



assalamualaikum kepada semua rakan...
hari ni aq nak bincangkan pasal "kemana aq nak pergi ?" ..
iaitu kita akn bincangkan tentang kemana arah kita perlu pergi selepas tamat SPM..
hari ni aq akan kongsi pendapat dan pandangan..
 aq dan ko orang  semua tentang pendidikan di malaysia ..

SPM adalah penentu kemana harus kita pergi tetapi ..persoalannya ..?
"kemana aq nak pergi"  
keputusan  SPM cemerlang ..
ada kah IPTA bagus..?    
ada kah IPTS bagus ..?
ada kah matrik bagus ..?
ada kah form 6 bagus ..?
ada kah politeknik bagus..?
persolan ini yang selalu mengangu pelajar ..hari ni aq akan cuba terangkan apa itu IPTA,IPTS,matrik,form6 dan politeknik dan aq nak ko orang comen apa pendapat ko orang sama ada yang masih belajar di mana2 tempat yang aq sebut atau yang tengah mencari2 tempat mana nak masuk ...


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:
  1. Jurusan Sains (Kod M001)
  2. Jurusan Perakaunan (Kod M003)



Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. 


Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (Technical and Vocational Education and Training � TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan. 

tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 




Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
tempoh pengajian adalah 2 tahun 
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual









contoh IPTA 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)
Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 111 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkat diploma, 5 program di peringkat Asasi dan 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.


PENGGUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

diplomar yang ditawarlan 

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI
  •     Fakulti Sains Gunaan;
  •     Fakulti Sains Komputer dan Matematik;
  •     Fakulti Seni bina, Perancangan dan Ukur;
  •     Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •     Fakulti Perubatan;
  •     Fakulti Pergigian;
  •     Fakulti Sains dan Kesihatan;
  •     Fakulti Farmasi
  •     Fakulti Kejuruteraan Awam;
  •     Fakulti Kejuruteraan Elektrik;
  •     Fakulti Kejuruteraan Kimia;
  •     Fakulti Kejuruteraan Mekanikal;
  •     Fakulti Perladangan dan Agroteknologi;
GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
  •    Fakulti Undang-Undang;
  •    Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi;
  •    Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media;
  •    Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka;
  •    Fakulti Pendidikan ;
  •    Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik;
  •    Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •    Fakulti Muzik;
GUGUSASAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN
  •     Fakulti Perakaunan;
  •     Fakulti Pengurusan Perniagaan
  •     Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan;
  •     Fakulti Pengurusan Maklumat;
  •     Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.;
PUSAT AKADEMIK
  • Akademi Pengajian Bahasa

    tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 







IPTS
Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Dua (2) teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal pengurusan akses dan ekuiti.
Sehingga kini, 452 buah IPTS yang berdaftar dan aktif beroperasi dengan menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Daripada jumlah tersebut, 23 IPTS bertaraf Universiti, 21 bertaraf Kolej Universiti dan 403 bertaraf Kolej, manakala lima (5) lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara.
Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114 program pengajian telah diluluskan oleh JPT untuk ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA serta memperoleh akreditasi.
tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 


ni semua maklumat untuk kemana harus kita pergi ...
bagi pendapat aq perkara paling pertamana yang perlu ko orang tengok adalah IPTS ...
semua jalan tempat ko orang boleh masuk tapi IPTS ada satu masalah ...
ni perkara penting MQA...apa itu MQA ...?
MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

 nasihat aq kalau boleh ko orang berhati2 lah nak masuk IPTS ,
pastikan ada pengiktirafan daripada MQA kerana MQA memainkan peranaan penting di negara kita malaysia....
yang mana ini menentukan sama ada sijil diplomar kita laku atau tidak... .
bagi aq dimana kita sambung belajar sama ada di form6,matrik,politeknik,IPTS dan IPTA semuanya sama ...
kalau kita dapat keputusan yang cemerlang pasti ada tempat kita di negara ini untuk berhikmat....
tetapi bagi pendapat aq sijil paling tinggi di negara kita adalah form6 STMP kerana STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level...
apa pun kalau boleh aq nak dengar jugak pendapat rakyat malaysia ..? :) 

Monday, November 7, 2011

overnight meLaKa

assalamkum..and hai...
hari ni aq nak kogsi kat ko orang pengalaman aq overnight kat melaka ... kalau sebelum ni selalu aq overnight kat pulau penang ..kalau nak di bandingkan melaka dengan penang aq rasa dua2 sama jeerr..terutama tempat lepak malm2..kalau kat penang ada quesbay ..kat melaka ada pantai kelebang ...tapi kalau bahagian makan2 aq rasa penang lagi meriahlah berbanding melaka..kalau melaka ni terkenal dengan cencaluk sahaja..cuma yea lah melaka kan bandar bersejarah so banyak lah tempat2 pelancongan yang ada ..kat sini lah tempat2 ramai orang berkumpul ..ha ni merupakan salah satu tempat menarik kat melaka bagi aq pada waktu malam ..iaitu di sungai melaka ..kat sini agak pelik sikit ..kalau sungai2 lain merupakan tempat mandi-manda ..tetapi di sungai melaka ia merupakan sungai yang tidak boleh di mandi tetapi mempunyai keistimewaannya sendiri..iaitu di sungai melaka ini pada sebelah malamnya merupakan sungai yang sangat cantik kerana dibanjiri dengan cahaya-cahaya yang cukup indah..dan mempunyai bot untuk dinaik oleh pelancong yang hadir ..














                         
                                      ~~~sungai melaka~~~
~~di sungai melaka ini juga terdapat kawasan permainaan seperti yang tedapat dalam gambar di atas ini..kawasan disini cukup indah dengan cahaya2 lampu yang disusun dengan rapi~~


~~selain itu kawasan yang ko orang boleh lepak borak2 ,gelak2 kuat2 ramai hehe di dataran pahlawan ..kat kawasan padang tu kalau waktu malam ramai orang duk rehat2 kat situ sambil minum air borang2 dengan kawan2..tapi sebaik-baiknya ko orang jangan lah berduaan laki perempuan duk kat padang tu nanti orang pandang x elok pulak.. walaupun kat situ ramai orang x semestinya boleh duk laki perempuan ..sebab kawasan tu x lah beberapa terang ...ko orang dah besar kan ko orang boleh lah tentukan mana baik mana buruk :) ~~kan ~~













~~hehe gaya pelik dah x tahu nak buat apa macam2 gaya pelik lah kuar :p ~~ hehehe~~

Sunday, November 6, 2011

lembu korban (Adik FatiyaH)

assalamkum hai ..
hari ni aq nak kongsi apa aq buat untuk hari raya korban tahun ni :)
hari ni aq bangun pagi dengan segar dan seronok sagat2 ...lepas bangun aq mandi sunnat raya ..pastu terus pergi solat raya kat masjid taman aq ni ..yang lawaknya lepas habis solat aq terus keluar ..hehe..aq lupa pulak ada kutbah lepas solat ..aq duk lah luar msjid borak2 dengan kawan yang lama x jumpa ..yg x tahannya aq tanya kawan aq x ada kutbah k..?dia boleh jawap x ada ..aq pun caya jer lah ..hehe..tu yang orang baca kutbah kat dlm                                  masjid aq pun buat kutbah kat luar masjid ..
                                                                                     habis sahaja kutbah aq terus balik rumah..tukar baju terus balik muar ,johor kampung ayah aq..sampai2 johor tepat pada masanya cantikkk JeeRRrr..kuar kerate orang baru nak sembelih lembu ni..wah memang best lah dapat tengok orang sembelih lembu depan mata ..tapi kesian pun ada jugak ..apa pun ni perintah ALLAH pasti ada hikmah sebaliknya :) ~~
lepas sembelih dilapah untuk bagi2 kat orang kampung ..di timbangnya daging bagi sama rata..yang bestnya buat sup ..hehe hari ni sahaja banyak gila aq makan sup lembu..sedap lagi2 kat tulang dia ..sebelah malmnya aq balik ,balik kuala pilah..alhamdulilah selamat sampai dalam jam 1.30pagi tadi ..laju jugak aq bawak atas jalan tadi 140km/h jugaklah..apa pun aq rasa raya tahun ni membawa makna pada aq :)  ~~

Saturday, November 5, 2011

Ucapan Pantun Lawak Selamat Hari Raya Aidiladha

Dari pilah dunia jejaka itu saya nak ucapkan selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut Hari Raya yang akan menjelang pagi nanti. Disempena Hari Raya Aidiladha ni, mesti ramai yang nak berikan ucapan SMS selamat hari raya aidiladha kepada kawan mahupun saudara mara. Berikut merupakan beberapa pantun dan gambar kad ucapan sempena Hari Raya Aidil Adha.
GAMBAR UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN




ku pegang kau punya…
kau pegang ku punyakuramas kau punya…
kau ramas ku punyakugoncang kau punya…
kau goncang ku punya (saspen)kemudian kita goyang bersama.itulah tanda kita bersalam mesra,SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…




ISNIN cari SELASA,nak tanya nampak tak RABU,agar ingatkan KHAMIS beritahu,JUMAAT supaya tak lupa,mesej kat SABTUyang AHAD dah raya!!!
Tolong doakan ye…





Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN


Jika BErsikAp BerGini ..iNi PdaHnya

kalau dalam video ni ada macam-macam ragam...
terdapat sedih ,gembira dan biasa sahaja ..
kalau sem1 aq pilih biasa sahja ..mana kala bila sem 2 aq rasa gembira ..tapi untuk sem 3 ni aq rasa cukup sedih ..kalau nak menyesal pun x guna ..kalau aq tengok balik apa yang aq tulis kat blok ni pada tarikh Wednesday, October 5, 2011 , ..berbaloi lah kalau aq gagal pun..ada k aq belajar 1 mlam untuk 1 sabjek..final exam aq buat mcam tu ..gila punya kerja lah..asal lah aq malas sangat sem lepas ..aq rasa ni semua salah diri aq..sebab aq x mampu kawal diri aq sendiri..bila aq rasa nak enjoy aq enjoy terus x fikir pun pasal study aq...aq harap sem ni mengajar aq erti kegagalan ..dan erti kesusahan ..aq tekat sem depan aq nak buat habis baik ..aq x nak study last minet ...ya allah kau bantulah hamba mu yang lemah mudah goyang imannya ini dalam menghadapi liku-liku hehidupan .semoga hamba mu ini mendapat petunju mu ....~~amin ~~

Makan MaLam di TiaRa hOtel PD

assalamkum hai semua....
ni aq nak cadang kan kalau ..nak buat perjumpaan rakan2 lama ,kita boleh buat di tiara hotel,PD ..sebab disini mempunya kelengkapan yang cukup istimewa..tapi kena tempah dulu lah..sebab kat sini selalu buat hari keluarga..walaupun jauh dengan pantai tetapi mempunya tman tema air dalam hotel sendiri ..aq x leh nak buktikan kat sini sebab ..aq lupa bawak kamera masa ni hehe..ni pun gambar guna kamera kawan makcik aq..sebelum apa2 gosip datng yang dekat sebelah aq tu makcik aq erk.. x ada kena mengena dengan sesiapa pun  :) ~~~ apa pun ini merupakan  mkan mlm yang best pernah aq rasakan :)..
walaupun balik tu aq bawak kerta seorang dalam keadaan megantuk gila sampai rumah jam 3.16pagi.. pengalaman yang best ..

Tuesday, November 1, 2011

download cerita korea


















(contoh cerita yang ada )


hai kawan-kawan yang kenal aq atau tidak mengenali aq...
hari ni aq akan kasi ko orang laman web untuk download cerita-cerita korea yang ko orang minat ..
dari pada kita membazir masa untuk melepak isap rokok ..
baik kita menonton cerita2 kan..
lagi pun rokok kan membahayakan kesihatan kita..
ok lah kita berbalik pada topik kita..
untuk download cerita korea yang ko orang minat mudah sahaja..
mula masuk laman web yang tertera di bawah ni...
http://www.mediumquality.blogspot.com/

apa bila ko orang dah masuk laman web ni ..
ko orang tengok sebelah kanan ko orang ..
ada tulisan index ..ko orang cuma perlu taip apa cerita yg ko orang nak kat situ ..
kemudian ko orang boleh download macam biasa ..
jangan risau free dan tidak perlukan software ..
cuma perlu pilih yang tulis mediafire jangan pilih yang megauploand  ok..
serikata pun tersedia di laman web ini x perlu cari tempat lain ..
selamat menonton semua      :)

Sunday, October 30, 2011

Malam kesenian islam bersama In-TeaM



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa dengan izin Allah, satu Majlis Malam kesenian islam bersama In-TeaM akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:

Malam kesenian islam bersama In-TeaM
Tarikh : 30.10.2011(Ahad)




Malam kesenian islam bersama In-TeaM


Tarikh: 30.10.2011(Ahad)
Masa: 8.00 petang – 11.00petang
Lokasi: Dewan Besar S.M.K.Datuk Mansor , 72100 Bahau,
Negeri Sembilan Darul Khusus







berbaju biru merupakan kumpulan nasyid sekolah..yang merupakan wakil sekolah S.M.K.datuk mansor untuk bertanding di peringkat daerah..kumpulan ini terdiri dari pada empat orang..

yang berbaju hijau dan berseluar putih merupakan ahli kumpulan in-team ..yang mana mereka terdiri daripada tiga orang...alhamdulilah aq bersyukur kerana dapat hadir di majlis yang indah ini :) ...tahun lepas kumpulan unic datang aq x sempat hadir kerana dapat maklumat lambat tentag kehadirannya ..




sesi bergambar dan tanda tanggan ahli kumpulan in-team ..bersama peminat-peminatnya..semoga usaha dakwahnya melalui lagu dapat sambutan lebih hangat di malaysia ....












tidak lupa kepada pihak sekolah, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kerana sudi menjemput bekas-bekas pelajar sekolah datuk mansor untuk turut serta dalam memeriahkan lagi majlis malam kesenian islam bersama in-team ..semoga usaha seperti ini dapat diteruskan lagi ..amin ..

Tuesday, October 25, 2011

PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN


Penemuan-penemuan saintifik masa kini mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat dan sekaligus menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami maknanya hari ini diantaranya ialah ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang ‘mengembang’ atau ‘the expanding universe’.
Allah berfirman dengan maksudnya “Dan langit kami bangunkan dengan kesusahan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.” – Surah Az-Zariyat ayat 47. Ayat ini menceritakan tentang pengembangan alam.
Sehubungan dengan itu As-Syeikh Said Hawa di dalam karangannya Al-Asas fit Tafsir menulis “Maksud ayat ini ialah, Allah menjadikan langit di dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud langit juga diluaskan oleh Allah. Maka itu ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam. Penceritaan ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran amat jauh kehadapan melampaui ruang dan zaman. Jika ada sesiapa yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah mereka ini menilai dirinya sebelum terlambat.”
Hanya pada hari ini barulah sains moden menjumpai bukti-bukti sah bahawa alam semesta kita tidak statik, sebaliknya ia ‘membesar’ atau mengembang. Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble dengan mengunakan teknologi canggih mendapati alam ini sedang mengembang. Semakin jauh jarak sesebuah galaksi daripada bumi semakin, semakin cepat proses pengembangannya.
Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Dua kumpulan saintis antarabangsa membuat kajian dengan mengunakan alat teleskop angkasa Hubble milik NASA, dan mereka mengesahkan kebenaran teori ini. Malah mereka dapat mengukur kelajuan kadar pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah dalam al-Quran.
Penemuan-penemuan sains yang relevan memantapkan kefahaman berhubung dengan sesuatu hukum contohnya hukum pengharaman babi. Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi” – Surah al-Baqarah ayat 173.
Journal of Virology 1997 menerbitkan hasil laporan penyelidikan yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawoaka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem yang membolehkan bermacam virus memasukinya sama ada virus daripada burung ataupun binatang lain. Sistem ini mengubah virus kepada satu bentuk yang amat membahayakan manusia. Jesteru itu saintis menganggap babi semacam “mixing vessel’ atau ‘bahtera takungan kuman’ yang amat berbahaya kepada manusia. Fakta seperti ini membantu manusia memahami dan meyakini tentang adanya hikmah disebalik larangan-larangan dalam Islam.
Anda boleh melihat dengan klik di link dibawah ini
http://www.youtube.com/watch?v=MYqFjqfp2o8

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT


Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1.Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2.Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4.Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5.Cukai ditinggikan.
6.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7.Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
9.Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10.Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11.Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12.Banyak berlaku gempa bumi.
13.Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14.Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15.Banyak berlaku rasuah.
16.Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17.Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18.Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19.Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20.Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:
1.Sembahyang ditinggalkan.
2.Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3.Orang jahat jadi pemimpin.
4.Tidak amanah dan zalim.
5.Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6.Perkara haram dihalalkan.
7.Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8.Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9.Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10.Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11.Arak jadi minuman seharian (rasmi).
 
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan