Total Pageviews

Friday, March 2, 2012

Cara Pilihan Program Pengajian


Pelajar seawal di tingkatan 3 seharusnya telah mempunyai sekurang-kurangnya satu cita-cita kerjaya untuk dicapai. Pentingnya ada satu cita-cita kerjaya adalah kerana keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan menentukan aliran pengajian di tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Terdapat beberapa pilihan aliran pengajian ditingkatan 4 dan 5
  • Sains
  • Sastera
  • Perakaunan
  • Teknikal
Aliran-aliran ini akan seterusnya menentukan bidang atau jurusan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
Yang paling ketara contohnya jika seorang itu meminati jurusan sains perubatan, beliau perlulah memastikan untuk berada di dalam aliran sains di tingkatan 4 & 5 untuk seterusnya menduduki peperiksaan SPM dengan mengambil matapelajaran sains tulen – Biologi, Fizik dan Kimia. Pengajian di dalam aliran sastera di tingkatan 4 & 5 tidak menawarkan mata-mata pelajaran tersebut yang tentunya tidak akan membolehkan pelajar mengikuti pengajian di dalam bidang sains di IPT nanti; kerana syarat kemasukkan ke program-program sains bukan sekadar memerlukan pelajar mengambil matapelajaran sains malah memerlukan keputusan yang baik dalam mata-matapelajaran tersebut.