Total Pageviews

Thursday, November 10, 2011

CarA uNtuK TaRik MinAt oRanG kEpaDa KiTa

assalamualaikum and salam satu malaysia ..
hari ni aq akan ajar cara untuk tarik minat orang kepada kita :) ...
kalau ko orang guna cara aq ni ...insa-allah ramai kawan akan dekat dengan ko orang...

1)suka kepada orang lain 
pertama untuk kita di sukai oleh orang kita mestilah suka pada orang lain dahulu ..kita mestilah mempunyai minat suka orang lain dengan iklas ..kalau kita x suka pada orang lain mana mungkin orang akan suka kita kan..

2)senyum
senyum lah sentiasa kerana semua orang suka melihat orang tersenyum..dan ramai orang suka orang yang murah senyumannya...senyum lah dari hati :) ..walaupun wajah x seberapa senyumlah kerana senyuman yang menampakkan seri kita..dan senyum itu kan satu sedekah ..

3)ingat namanya dan sebutlah namanya dengan lembut dan baik 
semua orang suka jika namanya di ingat..cuba kita bayangkan kalau ada kawan kita yang x ingat nama kita..apa perasaan kita..?maka kita perlulah ingat baik2 namanya dan kita mestilah memangil nama gelaranya yang paling baik ..lalu memangilnya dengan lembut dan sopan ..

4)jadi pendengar yang baik 
jadilah pendengar yang baik kalau kita nak orang suka kita..persolannya bagaimana hendak jadi pendengar yang baik ..?jawapannya ..kurangkan bercakap tentang diri kita ..memberi ruang untk dia menceritakan tentang diri dia..beri soalan dan dorongan untuk dia menceritakan kisah2 dan pengalaman dia..

5)bercakap tentang topik dan isu yang menarik perhatian orang lain
kalau kita suka bercerita atau bercakap pastikan kita bercakap mengenai dia minat ..kalau dia minat pasal agama kita cerita pasal agama ,kalau dia minat pasal cinta cerita tentang cinta ..jangan bercakap pasal apa yang kita minat ..kalau kita asik bercakap tentang apa kita minat pasti orang akan bosan dengan kita ..jadi perlu ingat kita mestilah bercakap tentang apa yang orang lain suka ok ..


6)buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai
kalau boleh buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai pada kita ..senang cerita kita memerlukan dia ..dan kita sangat menghargai dia..buat lah dia berasa iklas merasakan kita memerlukan dia..tunjukkan keiklasan kita kepada dia :) ~~

kenapa kita kena lakukan benda ni ...?
nak tahu jawapannya .. ko orang dengar dan hayatilah video kat bawah ni ..
semoga kita dapat megubah diri kita lebih baik pada esok hari..


~~pesanan buat sahabat~~

Wednesday, November 9, 2011

JanGaN mEraJuK


bagi pendapat aq la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-updan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau...



aq cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.
Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha...itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang aq tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simplepun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur atau ucap selamat pagi. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll:

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit... :oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. 
Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah... Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu...? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always... :halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha... ::-*:

Tuesday, November 8, 2011

kemana aq nak pergi ?



assalamualaikum kepada semua rakan...
hari ni aq nak bincangkan pasal "kemana aq nak pergi ?" ..
iaitu kita akn bincangkan tentang kemana arah kita perlu pergi selepas tamat SPM..
hari ni aq akan kongsi pendapat dan pandangan..
 aq dan ko orang  semua tentang pendidikan di malaysia ..

SPM adalah penentu kemana harus kita pergi tetapi ..persoalannya ..?
"kemana aq nak pergi"  
keputusan  SPM cemerlang ..
ada kah IPTA bagus..?    
ada kah IPTS bagus ..?
ada kah matrik bagus ..?
ada kah form 6 bagus ..?
ada kah politeknik bagus..?
persolan ini yang selalu mengangu pelajar ..hari ni aq akan cuba terangkan apa itu IPTA,IPTS,matrik,form6 dan politeknik dan aq nak ko orang comen apa pendapat ko orang sama ada yang masih belajar di mana2 tempat yang aq sebut atau yang tengah mencari2 tempat mana nak masuk ...


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:
  1. Jurusan Sains (Kod M001)
  2. Jurusan Perakaunan (Kod M003)



Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. 


Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (Technical and Vocational Education and Training � TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan. 

tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 




Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
tempoh pengajian adalah 2 tahun 
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual









contoh IPTA 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)
Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 111 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkat diploma, 5 program di peringkat Asasi dan 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.


PENGGUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

diplomar yang ditawarlan 

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI
  •     Fakulti Sains Gunaan;
  •     Fakulti Sains Komputer dan Matematik;
  •     Fakulti Seni bina, Perancangan dan Ukur;
  •     Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •     Fakulti Perubatan;
  •     Fakulti Pergigian;
  •     Fakulti Sains dan Kesihatan;
  •     Fakulti Farmasi
  •     Fakulti Kejuruteraan Awam;
  •     Fakulti Kejuruteraan Elektrik;
  •     Fakulti Kejuruteraan Kimia;
  •     Fakulti Kejuruteraan Mekanikal;
  •     Fakulti Perladangan dan Agroteknologi;
GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
  •    Fakulti Undang-Undang;
  •    Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi;
  •    Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media;
  •    Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka;
  •    Fakulti Pendidikan ;
  •    Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik;
  •    Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •    Fakulti Muzik;
GUGUSASAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN
  •     Fakulti Perakaunan;
  •     Fakulti Pengurusan Perniagaan
  •     Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan;
  •     Fakulti Pengurusan Maklumat;
  •     Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.;
PUSAT AKADEMIK
  • Akademi Pengajian Bahasa

    tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 







IPTS
Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Dua (2) teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal pengurusan akses dan ekuiti.
Sehingga kini, 452 buah IPTS yang berdaftar dan aktif beroperasi dengan menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Daripada jumlah tersebut, 23 IPTS bertaraf Universiti, 21 bertaraf Kolej Universiti dan 403 bertaraf Kolej, manakala lima (5) lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara.
Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114 program pengajian telah diluluskan oleh JPT untuk ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA serta memperoleh akreditasi.
tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 


ni semua maklumat untuk kemana harus kita pergi ...
bagi pendapat aq perkara paling pertamana yang perlu ko orang tengok adalah IPTS ...
semua jalan tempat ko orang boleh masuk tapi IPTS ada satu masalah ...
ni perkara penting MQA...apa itu MQA ...?
MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

 nasihat aq kalau boleh ko orang berhati2 lah nak masuk IPTS ,
pastikan ada pengiktirafan daripada MQA kerana MQA memainkan peranaan penting di negara kita malaysia....
yang mana ini menentukan sama ada sijil diplomar kita laku atau tidak... .
bagi aq dimana kita sambung belajar sama ada di form6,matrik,politeknik,IPTS dan IPTA semuanya sama ...
kalau kita dapat keputusan yang cemerlang pasti ada tempat kita di negara ini untuk berhikmat....
tetapi bagi pendapat aq sijil paling tinggi di negara kita adalah form6 STMP kerana STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level...
apa pun kalau boleh aq nak dengar jugak pendapat rakyat malaysia ..? :) 

Monday, November 7, 2011

overnight meLaKa

assalamkum..and hai...
hari ni aq nak kogsi kat ko orang pengalaman aq overnight kat melaka ... kalau sebelum ni selalu aq overnight kat pulau penang ..kalau nak di bandingkan melaka dengan penang aq rasa dua2 sama jeerr..terutama tempat lepak malm2..kalau kat penang ada quesbay ..kat melaka ada pantai kelebang ...tapi kalau bahagian makan2 aq rasa penang lagi meriahlah berbanding melaka..kalau melaka ni terkenal dengan cencaluk sahaja..cuma yea lah melaka kan bandar bersejarah so banyak lah tempat2 pelancongan yang ada ..kat sini lah tempat2 ramai orang berkumpul ..ha ni merupakan salah satu tempat menarik kat melaka bagi aq pada waktu malam ..iaitu di sungai melaka ..kat sini agak pelik sikit ..kalau sungai2 lain merupakan tempat mandi-manda ..tetapi di sungai melaka ia merupakan sungai yang tidak boleh di mandi tetapi mempunyai keistimewaannya sendiri..iaitu di sungai melaka ini pada sebelah malamnya merupakan sungai yang sangat cantik kerana dibanjiri dengan cahaya-cahaya yang cukup indah..dan mempunyai bot untuk dinaik oleh pelancong yang hadir ..














                         
                                      ~~~sungai melaka~~~
~~di sungai melaka ini juga terdapat kawasan permainaan seperti yang tedapat dalam gambar di atas ini..kawasan disini cukup indah dengan cahaya2 lampu yang disusun dengan rapi~~


~~selain itu kawasan yang ko orang boleh lepak borak2 ,gelak2 kuat2 ramai hehe di dataran pahlawan ..kat kawasan padang tu kalau waktu malam ramai orang duk rehat2 kat situ sambil minum air borang2 dengan kawan2..tapi sebaik-baiknya ko orang jangan lah berduaan laki perempuan duk kat padang tu nanti orang pandang x elok pulak.. walaupun kat situ ramai orang x semestinya boleh duk laki perempuan ..sebab kawasan tu x lah beberapa terang ...ko orang dah besar kan ko orang boleh lah tentukan mana baik mana buruk :) ~~kan ~~













~~hehe gaya pelik dah x tahu nak buat apa macam2 gaya pelik lah kuar :p ~~ hehehe~~

Sunday, November 6, 2011

lembu korban (Adik FatiyaH)

assalamkum hai ..
hari ni aq nak kongsi apa aq buat untuk hari raya korban tahun ni :)
hari ni aq bangun pagi dengan segar dan seronok sagat2 ...lepas bangun aq mandi sunnat raya ..pastu terus pergi solat raya kat masjid taman aq ni ..yang lawaknya lepas habis solat aq terus keluar ..hehe..aq lupa pulak ada kutbah lepas solat ..aq duk lah luar msjid borak2 dengan kawan yang lama x jumpa ..yg x tahannya aq tanya kawan aq x ada kutbah k..?dia boleh jawap x ada ..aq pun caya jer lah ..hehe..tu yang orang baca kutbah kat dlm                                  masjid aq pun buat kutbah kat luar masjid ..
                                                                                     habis sahaja kutbah aq terus balik rumah..tukar baju terus balik muar ,johor kampung ayah aq..sampai2 johor tepat pada masanya cantikkk JeeRRrr..kuar kerate orang baru nak sembelih lembu ni..wah memang best lah dapat tengok orang sembelih lembu depan mata ..tapi kesian pun ada jugak ..apa pun ni perintah ALLAH pasti ada hikmah sebaliknya :) ~~
lepas sembelih dilapah untuk bagi2 kat orang kampung ..di timbangnya daging bagi sama rata..yang bestnya buat sup ..hehe hari ni sahaja banyak gila aq makan sup lembu..sedap lagi2 kat tulang dia ..sebelah malmnya aq balik ,balik kuala pilah..alhamdulilah selamat sampai dalam jam 1.30pagi tadi ..laju jugak aq bawak atas jalan tadi 140km/h jugaklah..apa pun aq rasa raya tahun ni membawa makna pada aq :)  ~~