Total Pageviews

Tuesday, November 8, 2011

kemana aq nak pergi ?



assalamualaikum kepada semua rakan...
hari ni aq nak bincangkan pasal "kemana aq nak pergi ?" ..
iaitu kita akn bincangkan tentang kemana arah kita perlu pergi selepas tamat SPM..
hari ni aq akan kongsi pendapat dan pandangan..
 aq dan ko orang  semua tentang pendidikan di malaysia ..

SPM adalah penentu kemana harus kita pergi tetapi ..persoalannya ..?
"kemana aq nak pergi"  
keputusan  SPM cemerlang ..
ada kah IPTA bagus..?    
ada kah IPTS bagus ..?
ada kah matrik bagus ..?
ada kah form 6 bagus ..?
ada kah politeknik bagus..?
persolan ini yang selalu mengangu pelajar ..hari ni aq akan cuba terangkan apa itu IPTA,IPTS,matrik,form6 dan politeknik dan aq nak ko orang comen apa pendapat ko orang sama ada yang masih belajar di mana2 tempat yang aq sebut atau yang tengah mencari2 tempat mana nak masuk ...


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:
  1. Jurusan Sains (Kod M001)
  2. Jurusan Perakaunan (Kod M003)



Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. 


Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (Technical and Vocational Education and Training � TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan. 

tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 




Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
tempoh pengajian adalah 2 tahun 
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual









contoh IPTA 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)
Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 111 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkat diploma, 5 program di peringkat Asasi dan 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.


PENGGUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

diplomar yang ditawarlan 

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI
  •     Fakulti Sains Gunaan;
  •     Fakulti Sains Komputer dan Matematik;
  •     Fakulti Seni bina, Perancangan dan Ukur;
  •     Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •     Fakulti Perubatan;
  •     Fakulti Pergigian;
  •     Fakulti Sains dan Kesihatan;
  •     Fakulti Farmasi
  •     Fakulti Kejuruteraan Awam;
  •     Fakulti Kejuruteraan Elektrik;
  •     Fakulti Kejuruteraan Kimia;
  •     Fakulti Kejuruteraan Mekanikal;
  •     Fakulti Perladangan dan Agroteknologi;
GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
  •    Fakulti Undang-Undang;
  •    Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi;
  •    Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media;
  •    Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka;
  •    Fakulti Pendidikan ;
  •    Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik;
  •    Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
  •    Fakulti Muzik;
GUGUSASAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN
  •     Fakulti Perakaunan;
  •     Fakulti Pengurusan Perniagaan
  •     Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan;
  •     Fakulti Pengurusan Maklumat;
  •     Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.;
PUSAT AKADEMIK
  • Akademi Pengajian Bahasa

    tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 







IPTS
Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Dua (2) teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal pengurusan akses dan ekuiti.
Sehingga kini, 452 buah IPTS yang berdaftar dan aktif beroperasi dengan menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Daripada jumlah tersebut, 23 IPTS bertaraf Universiti, 21 bertaraf Kolej Universiti dan 403 bertaraf Kolej, manakala lima (5) lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara.
Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114 program pengajian telah diluluskan oleh JPT untuk ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA serta memperoleh akreditasi.
tempoh pengajian adalah 3 tahun iaitu (6) semester 


ni semua maklumat untuk kemana harus kita pergi ...
bagi pendapat aq perkara paling pertamana yang perlu ko orang tengok adalah IPTS ...
semua jalan tempat ko orang boleh masuk tapi IPTS ada satu masalah ...
ni perkara penting MQA...apa itu MQA ...?
MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

 nasihat aq kalau boleh ko orang berhati2 lah nak masuk IPTS ,
pastikan ada pengiktirafan daripada MQA kerana MQA memainkan peranaan penting di negara kita malaysia....
yang mana ini menentukan sama ada sijil diplomar kita laku atau tidak... .
bagi aq dimana kita sambung belajar sama ada di form6,matrik,politeknik,IPTS dan IPTA semuanya sama ...
kalau kita dapat keputusan yang cemerlang pasti ada tempat kita di negara ini untuk berhikmat....
tetapi bagi pendapat aq sijil paling tinggi di negara kita adalah form6 STMP kerana STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level...
apa pun kalau boleh aq nak dengar jugak pendapat rakyat malaysia ..? :) 

1 comment: