Total Pageviews

Sunday, November 13, 2011

UbaH diRi KiTa





Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita     sebagai seorang muslim untuk saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau     masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka   akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya kita menjadi lebih yakin dengan diri kita sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri kita. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri kita sendiri masih berada pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang kita ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang kita inginkan. Walaupun perlahan, kita akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri kita.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama kita bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa kita seolah-olah memanjakan diri kita untuk berubah. Nafsu kita juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu kita dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri kita.

5) Apabila kita telah berjaya melakukan perubahan dalam diri kita maka kita perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu kita akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah kita lakukan. kita perlu sentiasa melakukannya.

Sebagai kesimpulan, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula kita berubah kerana disebabkan oleh orang lain. kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri kita sendiri juga. Selepas itu bolehlah kita mengajak orang lain pula untuk berubah seperti kita. Jika ia dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat berubah seperti yang kita harapkan. kita juga akan mendapat ganjaran pahala jika kita berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih baik.