Total Pageviews

Sunday, April 22, 2012

cuti sem 4

assalamkum semua hai..kawan2 ..
cuti sem ni ..nasib aq kerja dapt lah kurangkan sikit bosan ni...
tapi bila kat tempat kerja pun bosan sebb ..orang pergi kerja mestilah ada kerjakn ..
ni aq pergi kerja x ada kerja ..adoi hai~~ :( sebb aq kerja kat bahagian elektrik ..dalam 1 hari tu ada lah
2 ke 3 orang yg beli barang elektrik..kerja aq senang sahja sapa nak beli barang elektrik jumpa aq ..nanti aq akan cuba sama ada barang tu elok digunakan atau x..kalau x elok aku kena ambik baru..and betulkan balik apa yg rosak tu..mula2 tu sush jugak sebb x pernah buat praktikalkn selama ni belajar sahja hehe..dapat jugak lah aq praktikal kat situ walaupun senang2 sahja kerja hehe..kawan2 aq cuti hari isnin tiap hari isnin aq bosan taw..x ada aktivity yg best k nak buat ..nak main batmenton x ada kawan pulak nak ajak main..adoi kenapa lah kawan2 aq duk jauh2 semuannya :( sedih2 ...
buat hiasan sahjalah ..aq punya reket ni adoi haiii...tapi2 kan perkara yg agak sedih ..semlm semua orang dapat gaji kat tempat kerja aq ..tapi aq x dapat sebb aq masuk lewat aq dapat 7 hari bulan nanti :) ~~~ x sabarnya ...hehe ..dapat gaji ni nak wat apa yea ..hemmm... :)

Thursday, March 8, 2012

teNtanG CinTa



Apakah tangan anda tidak dapat berhenti memegang dan menyentuhnya?Hal itu bukanlah cinta, tapi birahi

Apakah anda bangga dan selalu ingin memamerkannya kepada semua orang?Hal itu bukanlah cinta, tapi anda sedang mujur

Apakah anda menginginkannya karena anda tahu dia akan selalu di samping anda?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kesepian

Apakah anda masih bersama dia karena semua orang menginginkannya?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kesetiaan

Apakah anda menerima pernyataan cintanya karena anda tidak mau menyakiti hatinya?
Hal itu bukanlah cinta, tapi rasa kasihan 

Apakah anda bersedia untuk memberikan semua yang anda suka untuk dia?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kemurahan hati

Apakah anda cemburu bila dia bicara dengan lelaki atau wanita lain ?
Hal itu bukanlah cinta, tapi takut kehilangan

Apakah anda mengatakan padanya bahwa dia adalah satu satunya hal yang anda pikirkan?
GOMBAL...!!

Apakah anda masih bersamanya karena campuran dari rasa nyeri dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata?
Itulah cinta

Apakah anda masih menerima kesalahannya karena hal itu adalah bagian dari kepribadiannya?
Itulah cinta

Apakah anda tertarik pada orang lain, tapi masih bersamanya dengan setia?
Itulah cinta

Apakah anda rela memberikan hati anda, kehidupan anda, dan kematian anda?
Itulah cinta

Apakah hati anda tercabik bila dia sedang sedih?
Itulah cinta

Apakah anda menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup tegar?
Itulah cinta

Apakah anda ikut terluka bila dia sedang sakit?
Itulah cinta

Apakah anda selalu ingin menyentuhnya, memeluknya karena anda sayang kepadanya?
Itulah cinta

Apakah matanya melihat hati anda yang sesungguhnya dan menyentuh jiwa anda secara dalam sekali sampai terasa nyeri?
Itulah cinta

Cinta memang merupakan sesuatu yg ABSTRAK tapi yg terpenting, cintailah dia karena itu adalah sesuatu yang dianugerahi oleh TUHAN.

Terimalah pasangan anda dengan segala kekurangan dan kelebihannya.

Cinta itu harus saling memberi dan menerima dengan segala keikhlasan hati.


Friday, March 2, 2012

Cara Pilihan Program Pengajian


Pelajar seawal di tingkatan 3 seharusnya telah mempunyai sekurang-kurangnya satu cita-cita kerjaya untuk dicapai. Pentingnya ada satu cita-cita kerjaya adalah kerana keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan menentukan aliran pengajian di tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Terdapat beberapa pilihan aliran pengajian ditingkatan 4 dan 5
  • Sains
  • Sastera
  • Perakaunan
  • Teknikal
Aliran-aliran ini akan seterusnya menentukan bidang atau jurusan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
Yang paling ketara contohnya jika seorang itu meminati jurusan sains perubatan, beliau perlulah memastikan untuk berada di dalam aliran sains di tingkatan 4 & 5 untuk seterusnya menduduki peperiksaan SPM dengan mengambil matapelajaran sains tulen – Biologi, Fizik dan Kimia. Pengajian di dalam aliran sastera di tingkatan 4 & 5 tidak menawarkan mata-mata pelajaran tersebut yang tentunya tidak akan membolehkan pelajar mengikuti pengajian di dalam bidang sains di IPT nanti; kerana syarat kemasukkan ke program-program sains bukan sekadar memerlukan pelajar mengambil matapelajaran sains malah memerlukan keputusan yang baik dalam mata-matapelajaran tersebut.

Thursday, February 16, 2012

jOm SAmbuNg bElAJAR
INFORMASI SEMASA
Lepasan SPM yang ingin memohon ke Politeknik perlu mengemukakan 2(dua) permohonan iaitu Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier danPermohonan Kemasukan Ke TEVT-Politeknik/ILKA menggunakan No. Unik ID yang sama. 

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web 
www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut. 
Untuk makluman, permohonan ke ILJTM (ADTEC/ILP/JMTI) bagi lepasan SKM bagi Ambilan 2012/2013 diuruskan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia. Sila rujuk laman web http://www.jtm.gov.my untuk permohonan dan maklumat lanjut.



kepada rakan2 aq yg berminat untuk sambung belajar dan masih x tahu nak ambik bahagian apa..
sila pergi ke kawasan yg telah ditetapkan ...sebelum pergi tu lihat dulu tarikh dia, bila nanti pergi,,, x ada pulak ...jangan sedih :) ..ok... 
(....malu bertanya sesat jalan ....)


Sunday, November 13, 2011

UbaH diRi KiTa





Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita     sebagai seorang muslim untuk saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau     masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka   akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya kita menjadi lebih yakin dengan diri kita sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri kita. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri kita sendiri masih berada pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang kita ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang kita inginkan. Walaupun perlahan, kita akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri kita.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama kita bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa kita seolah-olah memanjakan diri kita untuk berubah. Nafsu kita juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu kita dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri kita.

5) Apabila kita telah berjaya melakukan perubahan dalam diri kita maka kita perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu kita akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah kita lakukan. kita perlu sentiasa melakukannya.

Sebagai kesimpulan, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula kita berubah kerana disebabkan oleh orang lain. kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri kita sendiri juga. Selepas itu bolehlah kita mengajak orang lain pula untuk berubah seperti kita. Jika ia dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat berubah seperti yang kita harapkan. kita juga akan mendapat ganjaran pahala jika kita berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih baik.

Thursday, November 10, 2011

CarA uNtuK TaRik MinAt oRanG kEpaDa KiTa

assalamualaikum and salam satu malaysia ..
hari ni aq akan ajar cara untuk tarik minat orang kepada kita :) ...
kalau ko orang guna cara aq ni ...insa-allah ramai kawan akan dekat dengan ko orang...

1)suka kepada orang lain 
pertama untuk kita di sukai oleh orang kita mestilah suka pada orang lain dahulu ..kita mestilah mempunyai minat suka orang lain dengan iklas ..kalau kita x suka pada orang lain mana mungkin orang akan suka kita kan..

2)senyum
senyum lah sentiasa kerana semua orang suka melihat orang tersenyum..dan ramai orang suka orang yang murah senyumannya...senyum lah dari hati :) ..walaupun wajah x seberapa senyumlah kerana senyuman yang menampakkan seri kita..dan senyum itu kan satu sedekah ..

3)ingat namanya dan sebutlah namanya dengan lembut dan baik 
semua orang suka jika namanya di ingat..cuba kita bayangkan kalau ada kawan kita yang x ingat nama kita..apa perasaan kita..?maka kita perlulah ingat baik2 namanya dan kita mestilah memangil nama gelaranya yang paling baik ..lalu memangilnya dengan lembut dan sopan ..

4)jadi pendengar yang baik 
jadilah pendengar yang baik kalau kita nak orang suka kita..persolannya bagaimana hendak jadi pendengar yang baik ..?jawapannya ..kurangkan bercakap tentang diri kita ..memberi ruang untk dia menceritakan tentang diri dia..beri soalan dan dorongan untuk dia menceritakan kisah2 dan pengalaman dia..

5)bercakap tentang topik dan isu yang menarik perhatian orang lain
kalau kita suka bercerita atau bercakap pastikan kita bercakap mengenai dia minat ..kalau dia minat pasal agama kita cerita pasal agama ,kalau dia minat pasal cinta cerita tentang cinta ..jangan bercakap pasal apa yang kita minat ..kalau kita asik bercakap tentang apa kita minat pasti orang akan bosan dengan kita ..jadi perlu ingat kita mestilah bercakap tentang apa yang orang lain suka ok ..


6)buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai
kalau boleh buat orang lain rasa dirinya amat penting dan dihargai pada kita ..senang cerita kita memerlukan dia ..dan kita sangat menghargai dia..buat lah dia berasa iklas merasakan kita memerlukan dia..tunjukkan keiklasan kita kepada dia :) ~~

kenapa kita kena lakukan benda ni ...?
nak tahu jawapannya .. ko orang dengar dan hayatilah video kat bawah ni ..
semoga kita dapat megubah diri kita lebih baik pada esok hari..


~~pesanan buat sahabat~~

Wednesday, November 9, 2011

JanGaN mEraJuK


bagi pendapat aq la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-updan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau...



aq cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.
Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha...itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang aq tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simplepun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur atau ucap selamat pagi. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll:

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit... :oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. 
Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah... Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu...? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always... :halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha... ::-*: