Total Pageviews

Tuesday, October 25, 2011

PENEMUAN SAINS MODEN MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN


Penemuan-penemuan saintifik masa kini mengukuhkan kefahaman berhubung sesuatu ayat dan sekaligus menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan alam dan sains yang baru difahami maknanya hari ini diantaranya ialah ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang ‘mengembang’ atau ‘the expanding universe’.
Allah berfirman dengan maksudnya “Dan langit kami bangunkan dengan kesusahan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.” – Surah Az-Zariyat ayat 47. Ayat ini menceritakan tentang pengembangan alam.
Sehubungan dengan itu As-Syeikh Said Hawa di dalam karangannya Al-Asas fit Tafsir menulis “Maksud ayat ini ialah, Allah menjadikan langit di dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud langit juga diluaskan oleh Allah. Maka itu ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam. Penceritaan ini membuktikan bahawa ilmu al-Quran amat jauh kehadapan melampaui ruang dan zaman. Jika ada sesiapa yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah mereka ini menilai dirinya sebelum terlambat.”
Hanya pada hari ini barulah sains moden menjumpai bukti-bukti sah bahawa alam semesta kita tidak statik, sebaliknya ia ‘membesar’ atau mengembang. Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble dengan mengunakan teknologi canggih mendapati alam ini sedang mengembang. Semakin jauh jarak sesebuah galaksi daripada bumi semakin, semakin cepat proses pengembangannya.
Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Dua kumpulan saintis antarabangsa membuat kajian dengan mengunakan alat teleskop angkasa Hubble milik NASA, dan mereka mengesahkan kebenaran teori ini. Malah mereka dapat mengukur kelajuan kadar pengembangan alam ini sekaligus membenarkan firman Allah dalam al-Quran.
Penemuan-penemuan sains yang relevan memantapkan kefahaman berhubung dengan sesuatu hukum contohnya hukum pengharaman babi. Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi” – Surah al-Baqarah ayat 173.
Journal of Virology 1997 menerbitkan hasil laporan penyelidikan yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawoaka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka menunjukkan pada kerongkong babi ada sistem yang membolehkan bermacam virus memasukinya sama ada virus daripada burung ataupun binatang lain. Sistem ini mengubah virus kepada satu bentuk yang amat membahayakan manusia. Jesteru itu saintis menganggap babi semacam “mixing vessel’ atau ‘bahtera takungan kuman’ yang amat berbahaya kepada manusia. Fakta seperti ini membantu manusia memahami dan meyakini tentang adanya hikmah disebalik larangan-larangan dalam Islam.
Anda boleh melihat dengan klik di link dibawah ini
http://www.youtube.com/watch?v=MYqFjqfp2o8

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT


Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1.Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2.Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4.Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5.Cukai ditinggikan.
6.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7.Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
9.Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10.Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11.Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12.Banyak berlaku gempa bumi.
13.Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14.Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15.Banyak berlaku rasuah.
16.Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17.Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18.Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19.Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20.Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:
1.Sembahyang ditinggalkan.
2.Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3.Orang jahat jadi pemimpin.
4.Tidak amanah dan zalim.
5.Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6.Perkara haram dihalalkan.
7.Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8.Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9.Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10.Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11.Arak jadi minuman seharian (rasmi).
 
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan